Palang Merah Jean_Henry_Dunant

Pada 1862 Henry Dunant telah menulis dan mencetak buku A Memory of Solferino kerana pengalaman berdarah di medan perang Solferino perlu dirakam dan diedarkan ke serata Eropah. 1600 buah buku telah dicetak dengan wang sakunya sendiri dan dikirim kepada ahli politik, ketua tentera dan ketua kerajaan di serta Eropah.

Cadangan utama : Sebuah organisasi neutral mesti ditubuhkan bagi membantu tentera yang cedera.

Cadangan Henry Dunant mendapat perhatian daripada pakar undang-undang Gustave Moynier dan menjadikan isu itu sebagai agenda utama dalam mesyuarat Persatuan Kebajikan Geneva (Geneva Society for Public Welfare) pada 9 Februari 1963. Mereka mengkaji cadangan Dunant dan mencadangkan lima ahli jawatankuasa khas dan Henry Dunant salah seorang daripadanya. Ahli lain ialah Gustave Moynier, Ketua tentera Switzerland Jeneral Henri Dufour, Doktor Louis Appia dan Theodore Maunoir. Mesyuarat pertama mereka pada 17 Februari 1863 dan tarikh ini dianggap sebagai tarikh penubuhan Persatuan Palang Merah Antarabangsa (ICRC).

Mulanya lima ahli majlis ini bercanggah pendapat kerana berbeza visi, perancangan, kepentingan peribadi dan menuduh Henry Dunant terlalu idealis. Henry Dunant meneruskan pengembaraan dan terus dengan idea-ideanya 'organisasi sukarela'.

Pada Oktober 1863, 14 negara mengambil bahagian dalam mesyuarat di Geneva bagi membincangkan isu 'membantu tentera yang cedera semasa peperangan'. Peranan Henry Dunant cuba diperkecilkan oleh Gustave Moynier.

Pada 1864 Parlimen Switzerland telah mengatur pertemuan diplomatik dari 12 negara bagi menandatangani Konvensyen Geneva.